Autism
Autism berasal daripada perkataan Greek 'autos' yang bermaksud diri sendiri. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Dari sudut perubatan, autisme adalah satu keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran komunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulang, pengasingan dan mempunyai keinginan yang terhad terhadap sesuatu.
Antara kemahiran yang terjejas akibat autisme ialah;
 Kemahiran pertuturan dan komunikasi
 Kemahiran interaksi sosial
 Tingkah laku dan emosi
 Sentuhan deria atau fizikal
 Kemahiran kognitif
 Kemahiran bermain
Rawatan Autisme
Walaupun autisme tidak dapat diubati sepenuhnya, simptomnya masih boleh dikurangkan. Menurut Perubatan Tradisional Cina (TCM), gejala autisme boleh dikurangkan dengan mengambil ubat herba dan rawatan akupunktur. Ini kerana akupunktur boleh meningkatkan aliran tenaga dalam otak kanak-kanak dan merangsang semula penyumbatan tenaga.
Kanak-kanak autisme ringan berpeluang mencapai tahap perkembangan normal seperti kanak-kanak lain jika mendapat rawatan awal manakala kanak-kanak autisme sederhana dan teruk pula biasanya memerlukan masa rawatan yang panjang untuk mencapai tahap perkembangan normal.
WikiTole : https://thetole.org/wikitole/
	  Kedai Dalam Talian : www.thetole.org/shop
	  Perundingan Dalam Talian : www.thetole.org/shop/consultation/
